Kem Kepimpinan MyPAC tingkat nilai integriti, daya saing pelajar

Kem Kepimpinan MyPAC tingkat nilai integriti, daya saing pelajar

Kem Kepimpinan MyPAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 100 pelajar Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) dari seluruh negara menyertai Kem Kepimpinan MyPAC 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 18 hingga 20 Oktober lalu.

Program yang merupakan acara tahunan MyPAC, diadakan bagi melahirkan akauntan profesional yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki nilai integriti tinggi, berdaya saing di peringkat global serta memiliki kefahaman mendalam dalam aspek kepimpinan.

Peserta, Muhammad Danish Zulkifli, 21, dari Langkawi, Kedah berkata, ia membuka ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan memahami keperluan menjadi pemimpin berwibawa dalam kerjaya masa hadapan.

“Antara cabaran utama yang saya hadapi ialah perlu bercakap dengan peserta baharu yang saya tidak kenali. Namun, melalui aktiviti berkumpulan, saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Danish berkata, modul yang disusun turut memberi pendedahan praktikal kepada peserta untuk merasai simulasi dunia perniagaan sebenar.

“Kami ada aktiviti mirip seperti organisasi perniagaan model, lengkap dengan peranan seperti ketua operasi (COO) dan akauntan. Ia membantu kami memahami bagaimana sesebuah organisasi sebenar berfungsi,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Trust Walk; Wau Hunt dan Perspective Block dengan yang memberi penekanan elemen komunikasi, semangat berpasukan dan kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif dalam membina keyakinan dan daya kepimpinan.

Majlis penutupan yang diadakan di Melaka disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah MyPAC, Dr. Nurmazilah Datuk Mahzan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN