KUALA LUMPUR: Kemahiran berbahasa Inggeris yang hebat dimiliki pelajar mild autism menjadi harapan seorang ibu, melihat anaknya suatu hari nanti mampu menempuh cabaran dan berjaya menggapai impian untuk menjadi seorang pendidik cemerlang. Bagi Zanariah Salleh, 54, perjalanan anak bongsunya, Muhammad Akif Umar Amir Mahamud, 18, calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas bukanlah mudah sejak disahkan menghidap mild autism pada usia dua tahun. Menurut Zanariah, suri rumah sepenuh masa, Akif adalah…










