KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan sebanyak 87 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah-sekolah negeri Kedah sejak 2016 hingga November 2025, melibatkan kos RM671.81 juta. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, daripada jumlah itu, 50 projek telah siap, manakala 16 projek sedang dalam pembinaan dan 21 lagi dalam peringkat prabina. “Bagi kesinambungan pelaksanaan, kerajaan melalui Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (2026) turut meluluskan 12 projek baharu bernilai RM175.50…









