PETALING JAYA: Insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengakibatkan kelewatan operasi tren elektrik (ETS) selama 562 jam tahun ini, manakala 741 jam pula direkodkan bagi perkhidmatan KTM Komuter. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kecurian kabel memberi kesan langsung kepada sistem persemboyanan KTMB yang mengawal pergerakan tren sekali gus menyebabkan gangguan operasi dan kerugian masa kepada penumpang. Bagaimanapun katanya, insiden berkenaan tidak menjejaskan jadual…










