BINTULU: Taktik sindiket menyeludup 103.46 kilogram syabu (Methamphetamine) ke sini dengan menyembunyikannya di dalam bagasi penumpang terbongkar apabila dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu. Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata dadah bernilai lebih RM3.3 juta yang diseludup keluar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dikesan di Unit Pemeriksaan Penumpang, Lapangan Terbang Bintulu kira-kira pukul 8 malam, 5 November lalu. Menjelas lanjut, beliau berkata ia selepas…










