Jenazah Dharma Harun Al - Rashid selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Dharma Harun Al – Rashid selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon veteran, Dharma Harun Al – Rashid, 68, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh di sini pukul 12.30 tengahari tadi.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira seratus orang yang terdiri ahli keluarga serta rakan industri perfileman.

Antara yang hadir adalah Noor Kumalasari, Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Mubarak Majid, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Terdahulu, jenazahnya diurus dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, di sini.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, kira-kira pukul 9.10 malam, semalam.

Berita duka itu dikongsi Syafiq yang juga anak kedua arwah melalui hantaran di Instagram story.

Dharma sebelum ini dilaporkan menghidap gastrik, asma, selain bengkak pada jantung, paru-paru dan masalah tiroid.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN