Jauhi dadah, hidup saya rosak kerananya - Paris Jackson - Utusan Malaysia

Jauhi dadah, hidup saya rosak kerananya – Paris Jackson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon dan penyanyi, Paris Jackson, 27, mendedahkan terpaksa berdamai dengan masalah dalam rongga hidung atau perforated septum yang berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.

Terbuka berkongsi perkara itu di media sosial, kata Paris masalah tersebut tetap menghantuinya meskipun dirinya berjaya mengatasi ketagihan sejak enam tahun lalu.

“Masalah ini menghantui sejak saya berusia 20 tahun. Ia mengganggu pernafasan, menjadi punca kepada bunyi-bunyian ketika saya bernafas dan menjejaskan nyanyian saya.

“Nasihat saya, jauhi dadah, hidup saya rosak kerananya,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Anak mendiang Michael Jackson itu bagaimanapun berlapang dada dan enggan melakukan pembedahan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Saya perlu mengambil ubat sekiranya mahu melakukan pembedahan. Sebagai bekas penagih, saya sebolehnya mahu elakkan perkara itu,” kongsinya.

Jackson dalam perkembangan lain menyuarakan kesediaan untuk membantu lebih ramai penagih menerusi kempen bebas dadah yang diusahakannya ketika ini.

“Membantu ramai penagih keluar daripada belenggu dadah merupakan tindakan terbaik pernah dilakukan sepanjang hidup saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN