Isu pemimpin dipecat, digantung tidak dibincang dalam mesyuarat MPT Bersatu

Isu pemimpin dipecat, digantung tidak dibincang dalam mesyuarat MPT Bersatu

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan isu mengenai pemimpin parti itu yang digantung atau dipecat ada dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu baru-baru ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, mereka yang telah dikenakan tindakan disiplin perlu menjalani proses yang ditetapkan mengikut perlembagaan parti.

“Laporan yang memetik kenyataan ‘sumber dalaman’ parti bahawa perkara ini ada dibincangkan dalam Mesyuarat MPT adalah tidak benar dan mengelirukan.

“Berdasarkan perlembagaan parti Fasal 22.6, mana-mana ahli yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan yang Bersatu memberi peluang kepada ahli yang digantung dan dipecat untuk kembali bersama parti, sebagai sebahagian usaha memperkukuh semula perpaduan dan kekuatan dalaman.

Menurut sumber dalaman parti, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang diadakan malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, berdasarkan perlembagaan parti Fasal 22.6, mana-mana ahli yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya, Lembaga Rayuan akan mempertimbangkan dan memutuskan kedudukan rayuan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh perlembagaan parti. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN