SHAH ALAM: Tiga fasa konflik menjadi cabaran kepada Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 dalam melaksanakan operasi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Komandernya, Kolonel Johan Effendi Mohd. Shalleh berkata, pasukannya turut berdepan insiden tembakan antara Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan Hezbollah pada misi pengaman selama setahun itu. Bagaimanapun, katanya. insiden itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa walaupun enam anggota Malbatt termasuk seorang dari 850-11 cedera akibat serangan tersebut. “Insiden…










