PETALING JAYA: Inflasi Malaysia terus menyederhana kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 135.1 berbanding 133.4 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan. Kadar tersebut dipengaruhi oleh kenaikan lebih perlahan bagi kumpulan makanan dan minuman yang meningkat 1.5 peratus berbanding 2.1 peratus pada September 2025, selain kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang naik 1.1 peratus berbanding 1.5 peratus sebelum…










