JOHOR BAHRU: Ibu kepada lapan cahaya mata, Siti Noraisikin Mohd. Jazuli, 43, mencuri perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi) pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69, semalam. Berasal dari Taman Universiti di sini, Siti Noraisikin ditemani suami, Azizan Azaikiak, 45, yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan akademiknya bersama anak-anak mereka yang berusia 19, 17, 15, 11, kembar berusia sembilan tahun serta dua lagi berumur tujuh dan…










