Hasrat Perak kutip mata penuh tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Hasrat Perak kutip mata penuh tidak kesampaian

PEMAIN Perak meraikan jaringan ketika menentang Imigresen FC II dalam perlawanan Liga A1 Semi Pro di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hasrat Perak untuk mengutip mata penuh di laman sendiri tidak kesampaian apabila diikat 1-1 oleh Imigresen FC II dalam perlawanan Liga A1 Semi Pro di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor di sini hari ini.

Ini adalah keputusan seri kedua berturut-turut buat pasukan Kejor Yob Kejor selepas seri tanpa jaringan dengan pasukan Bunga Raya minggu lalu.

Pada perlawanan di sini, walaupun menurunkan kesebelasan utama, pasukan tuan rumah gagal mempamer persembahan biasa mereka berikutan keadaan padang yang basah disebabkan hujan.

Pasukan bimbingan Syamsol Saad mendahului seawal minit keempat melalui jaringan Akmal Hazim Ismail.

Begitupun, anak buah Azmin Azram Aziz bangkit dua minit sebelum tamat perlawanan dengan jaringan penyamaan untuk mengecewakan lebih 400 penyokong tuan rumah.

Keputusan itu menjejas sedikit kedudukan Perak yang kini dicabar oleh Johor Darul Takzim (JDT) II.

Jika Harimau Selatan menang malam ini, mereka akan memintas Perak di tempat kedua. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN