Harap KKM pertimbang penawar gigitan ubur-ubur

Harap KKM pertimbang penawar sengatan ubur-ubur

SALLEH Saidin (dua dari kanan) bertemu Nikita Lakubanets dan Olga Lakubanets, ibu bapa kepada kanak-kanak Rusia yang mati disengat ubur-ubur di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Impian kanak-kanak Rusia, Vladimir Iakubanets, berusia dua tahun untuk menjadi doktor seperti datuknya tidak kesampaian apabila dia maut selepas disengat ubur-ubur ketika bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

Ibunya, Olga, 32, berkata Vladimir sering menyuarakan hasrat mengikut jejak datuknya, seorang pakar bedah saraf di Rusia, untuk membantu mereka yang kesakitan. Selain itu, kanak-kanak itu juga meminati kereta dan selalu bercakap tentang keinginannya untuk memandu laju seperti bapanya suatu hari nanti.

“Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Ayah saya pakar bedah saraf dan anak saya mahu jadi doktor seperti datuknya. Dia juga suka kereta dan selalu kata mahu pandu laju seperti bapanya,” katanya selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Datuk Salleh Saidin, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vladimir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada Rabu selepas bertarung nyawa sejak insiden terbabit berlaku 15 November lalu.

Keluarga ini tiba ke Malaysia buat pertama kali untuk bercuti di Langkawi sejak 14 November lalu dan sepatutnya pulang ke Rusia pada 26 November.

Sementara itu, Mohd. Salleh berkata kerajaan negeri akan memanjangkan keperluan menyediakan penawar gigitan ubur-ubur di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Meskipun kes itu tidak kerap berlaku, penawar perlu disediakan memandangkan Langkawi memiliki pantai yang luas.

Satu perjumpaan bersama kesemua agensi terlibat akan diadakan esok, bagi membincangkan secara khusus tentang keselamatan pantai.

“Kita juga akan melibatkan pakar-pakar untuk membuat kajian tambahan tentang ubur-ubur ini kerana keselamatan semua pengunjung tanpa mengira pelancong luar atau tempatan adalah keutamaan kita.

“Walaupun insiden sengatan ubur-ubur hingga meragut nyawa, kes terpencil tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius kerana Langkawi dikunjungi jutaan orang setiap tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini