Guru wanita rugi RM604,000 gara-gara pelaburan dalam talian

Guru wanita rugi RM604,000 gara-gara pelaburan dalam talian

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang guru wanita kerugian RM604,000 selepas terpedaya dengan satu skim pelaburan dalam talian berkonsepkan mesin judi yang menjanjikan pulangan luar biasa iaitu sehingga 350 peratus dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, laporan polis berhubung kes penipuan pelaburan itu diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang juga seorang warga tempatan berusia 57 tahun pada mulanya mendakwa telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Pelaburan Sentosa’ oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen pelaburan.

“Mangsa kemudian tertarik selepas diberikan penerangan mengenai keuntungan lumayan yang ditawarkan menerusi pelaburan tersebut serta diarahkan mendaftar melalui sebuah laman sesawang sebelum mula membuat pelaburan.

“Dia seterusnya membuat sehingga 20 transaksi ke dalam lima akaun bank yang berbeza antara 2 hingga 31 Oktober lalu membabitkan jumlah wang sebanyak RM604,000,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Azizee, mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya ditipu apabila gagal untuk mengeluarkan ‘keuntungan’ yang kononnya berjumlah RM1.8 juta seperti yang tertera dalam aplikasi pelaburan tersebut.

“Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN