Guna AI tingkat penguatkuasaan, proses siasatan keselamatan negara

Guna AI tingkat penguatkuasaan, proses siasatan keselamatan negara

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika sidang akhbar selepas hadir Simposium Kecerdasan Buatan AI Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi elemen penting dalam memperkukuh keselamatan negara seiring dengan perubahan landskap jenayah dan ancaman siber yang semakin kompleks.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan teknologi itu penting bagi meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan serta mempercepatkan proses siasatan di lapangan.

“Kita telah melihat bagaimana sistem pengesanan wajah dan analitik forensik berasaskan AI mampu mempercepatkan siasatan dan meningkatkan keberkesanan operasi lapangan,” katanya di sidang media Simposium Kecerdasan Buatan (AI) Transformasi Keselamatan 2025, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan AI juga membantu agensi keselamatan menganalisis data besar (big data) bagi mengenal pasti corak dan trend jenayah untuk tindakan pencegahan yang lebih berfokus.

Katanya, penubuhan Pusat Sains Data adalah bagi mengumpul dan menganalisis data pelbagai agensi bagi tujuan penyelesaian masalah secara berasaskan AI.

“Sebagai contoh, melalui analisis data, kita dapati 80 peratus daripada 500,000 pelintas harian di Johor Bahru-Singapura terdiri daripada penunggang motosikal dan penumpang bas.

“Berdasarkan kajian itu, kerajaan melaksanakan penggunaan teknologi AutoGate sebagai penyelesaian kesesakan di sempadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN