GRS yakin menang 37 kerusi PRN Sabah

GRS yakin menang 37 kerusi PRN Sabah

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin gabungan itu mampu memenangi lebih 37 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti, sokongan pengundi setempat serta kerjasama kukuh antara parti komponen GRS.

“Program hari ini adalah sebahagian kempen untuk dua calon kita di kawasan ini. Saya amat yakin dengan jentera yang baik, sokongan yang padu dan kerjasama semua parti komponen.

“Insya-Allah, kita dapat mempertahankan kerusi Lumadan dan Klias. Dua kerusi ini boleh dikatakan memang milik GRS,” katanya ketika menghadiri Program Jelajah Kempen Rumah Kita, Kita Jaga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan DUN Lumadan di Dewan Bagandang, di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa GRS berada dalam kedudukan kukuh untuk mempertahankan lebih banyak kerusi lain.

“Kita bertanding 55 kerusi dan saya yakin kita boleh memperoleh lebih daripada 37 kerusi. Yang penting, kita dapat membentuk kerajaan dengan majoriti selesa,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN