KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 91.50 kilogram (kg) bernilai hampir RM500,000 menerusi dua operasi berlainan pada akhir Oktober lepas. Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, bagi kes pertama, tindakan licik sindiket pengedaran yang cuba berselindung dengan meninggalkan dadah dipercayai ganja di atas pokok bakau gagal apabila modus operandi itu berjaya dikesan anggota penguatkuasa. Ismail berkata, dalam kejadian pada 24 Oktober lalu, pasukan operasi…










