KUALA LUMPUR: Sebuah filem pendek bertemakan kemanusiaan dan perpaduan bertajuk ‘Memberi Lebih Baik Daripada Menerima’ inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bersempena sambutan Hari Natal tahun ini dijangka mencuri perhatian masyarakat. Filem tersebut yang menggabungkan elemen komedi, persahabatan dan mesej kasih sayang sejagat itu, menampilkan sekumpulan anak muda berinisiatif membantu mereka yang memerlukan pada musim perayaan. Lebih istimewa, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang turut membuat penampilan istimewa dalam filem berkenaan.…










