Estevao cemerlang bantu Chelsea benam Barcelona

Estevao cemerlang bantu Chelsea benam Barcelona

Estevao (tengah) diraikan rakan sepasukan slepas meledak gol kedua Chelsea ketika berdepan barcelona, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui pemain muda Chelsea, Estevao memainkan peranan besar ketika The Blues menumpaskan Barcelona 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Maresca meraih tambahan tiga mata untuk memastikan tempat automatik ke pusingan seterusnya.

Selepas gol sendiri awal permainan dan kad merah kapten Barcelona, Ronald Araujo, pada penghujung separuh masa pertama, pemain muda Chelsea, Estevao meledak gol kedua yang menakjubkan sebelum Liam Delap menambah gol ketiga.

Pada perlawanan itu, turut menyaksikan tiga gol Chelsea dibatalkan pengadil perlawanan.

“Ia malam yang sangat besar untuk Estevao dan malam besar untuk kelab. Menjuarai Piala Dunia Kelab sangat penting untuk keyakinan pemain, mereka sedar mereka boleh menang menentang mana-mana pasukan.

“Mentaliti menang adalah satu-satunya cara untuk membina sesuatu yang bermakna. Jika Barcelona tidak menguasai bola, mereka tidak selesa, jadi kami cuba pastikan kami memegang bola,” kata Maresca.

Aksi di Stamford Bridge mengimbau semula kenangan ketika Chelsea sering menundukkan gergasi Eropah, dengan rentak permainan penuh bertenaga, hantaran kemas serta serangan berterusan melalui kedua-dua sisi.

Barcelona pula jauh daripada imej lama mereka, iaitu pasukan yang suatu ketika dahulu terkenal dengan penguasaan bola dan kemampuan mencipta peluang tanpa henti.

Pada perlawanan itu, mereka gagal menguasai perlawanan, apatah lagi memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

Bagi Estevao yang menjaringkan gol cantik ketika membenam Barca sekali gus merekodkan gol ke-10 musim ini bersama Chelsea pada musim pertamanya, berharap mampu meledak lebih banyak jaringan buat The Blues.

“Semuanya berlaku sangat cepat. Saya nampak ruang, saya pusing sedikit, dan saya berjaya jaringkan gol itu. Ia detik yang sangat istimewa dalam karier saya. Saya harap dapat menjaringkan banyak lagi,” kata Estevao.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN