KUALA LUMPUR: “Nak elak penyakit ain.”
Demikian penjelasan pelakon, Tiz Zaqyah, 37, mengenai pilihannya untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi lebih-lebih lagi tentang hubungan istimewanya dengan lelaki bernama Nas Amer.
“Saya sangat risau dengan penyakit ain. Saya percaya kewujudannya dan ia datang daripada orang yang tak suka kita.
“Lagipun saya belum ada berita baik (mendirikan rumah tangga) untuk dikongsikan. Kalau ada, pasti akan saya war-warkan.
“Sekarang ini saya cuma harap doa yang baik daripada semua,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak baru-baru berkongsi kepada media tentang
hubungan percintaannya dengan Nas Amer.
Malah Tiz turut memaklumkan tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
“Tahun ini kami rancang, insya-Allah tahun depan (kahwin),” ujarnya. – UTUSAN










