GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan menggunakan dron bagi memantau trafik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di koridor George Town hingga Bayan Lepas susulan pembinaan projek LRT Laluan Mutiara. Langkah itu termasuk kenderaan berat beroperasi di luar waktu puncak, menyusun semula beberapa persimpangan lampu isyarat dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, pelaksanaan projek itu dijangka meningkatkan kesesakan atau gangguan lalu lintas…










