KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan dakwaan kawasan lombong emas seluas 251 hektar di Mukim Kusial, Tanah Merah, dekat sini mahu dijual pada harga RM12 juta sebagai khabar angin. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, kerajaan negeri masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan. Katanya, setakat ini belum berlaku sebarang pelanggaran atau jualan sebagaimana yang didakwa. “Banyak laporan melalui media sosial yang mana selepas kita kaji, laporan…










