ALOR SETAR: Kerja-kerja pembaikan Loji Rawatan Termal (Insinerator) di Langkawi dijangka selesai November ini sebelum beroperasi semula pada Jun tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kerja pembaikan melibatkan penggantian komponen penting dan struktur usang itu mengalami kelewatan selama 40 hari ekoran isu bahan pembuatan dari pembekal di China. “Kerja-kerja pembaikan ini melibatkan penggantian komponen penting yang rosak dan pembaikan struktur usang…










