Dua lagi pangkalan haram diroboh

Dua lagi pangkalan haram diroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua lagi pangkalan haram dikenali sebagai Dua Riya dan Nusi di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini dirobohkan Polis Kelantan, dalam usaha mengekang kegiatan jenayah termasuk penyeludupan di kawasan sempadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, operasi itu dijalankan pada 4 November lalu dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Tanah dan Galian serta pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, sebelum ini, dua pangkalan haram iaitu Gergaji dan MCA di Rantau Panjang dijadikan lokasi rintis kepada operasi berperingkat itu yang bermula sejak 28 Oktober lalu.

“Kita akan teruskan kerja-kerja perobohan ini sebagaimana yang dirancang, dan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan sebanyak 233 pangkalan haram dikenal pasti wujud di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga ke Jeli, dan hasil semakan mendapati 216 daripadanya dibina atas tanah milik kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN