KUALA LUMPUR: Polis memberkas dua lelaki anggota Geng Ajoi yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 26 Oktober lalu. Geng Ajoi dikatakan aktif sejak Julai lalu dengan menyasarkan kawasan apartmen dan tempat letak motosikal tepi jalan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisoner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, penahanan suspek berusia 38 dan 28 tahun dilakukan sepasukan polis daripada Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sentul Ibu…










