KAJANG: Dua individu ditahan sekitar Batu 9, di sini semalam berhubung kes kecurian di sebuah rumah milik pempengaruh media sosial yang membabitkan kerugian RM360,000 di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa orang lagi suspek disyaki terbabit dalam kecurian itu. Menurutnya, kedua suspek disyaki terbabit dalam kejadian itu merupakan kenalan kepada mangsa berkenaan. “Pada pukul 10.30 pagi…










