Dengan hasrat untuk membawa ilmu dan pemikiran Sasterawan Negara (SN) supaya dikongsi dengan orang ramai khususnya komuniti sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil inisiatif mewujudkan program Sepagi Bersama Sasterawan Negara bertujuan mendekatkan masyarakat dengan tokoh-tokoh sastera negara melalui sesi santai dan interaktif. Menerusi program tersebut, masyarakat berpeluang mendalami pemikiran, pengalaman, dan karya-karya SN yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan Melayu. Antara objektif program tersebut adalah meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap…









