Misi DAP tawan kubu kuat Warisan

Misi DAP tawan kubu kuat Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP dalam misi menawan kubu kuat Warisan menampilkan tujuh calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan sasaran merampas kembali kerusi yang pernah dikuasai parti itu sebelum insiden lompat parti selepas PRN 2020.

Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe beralih daripada kerusi Luyang yang diwakilinya selama dua penggal untuk bertanding di Likas sementara Timbalannya, Datuk Chan Foong Hin bertanding di kerusi Tanjung Aru yang disandang Datuk Junz Wong daripada Parti Warisan.

Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi diyakini mampu merampas Tanjung Aru daripada Warisan yang menguasai kerusi itu selama dua penggal.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Sabah, Jannie Lasimbang akan mempertahankan kerusi Kapayan bagi penggal ketiga.

DAP Sabah juga akan berusaha menawan semula kerusi Sri Tanjong dan Elopura yang diwakili Philip Yap dan Vivian Wong, dua kawasan yang dimenangi parti itu pada 2020 sebelum wakil rakyatnya, Justin Wong dan Calvin Chong melompat parti ke Warisan.

Selain itu, Chan Loong Wei akan bertanding di kerusi Luyang manakala Tang Szu Ching pula akan mempertahankan Tanjong Papat, yang sebelum ini diwakili bekas Ketua DAP Sabah, Frankie Poon yang meninggalkan parti bulan lalu.

Dengan penampilan barisan calon itu, DAP Sabah jelas memfokuskan kepada strategi untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mencabar dominasi Warisan di beberapa kerusi utama.

Berikut senarai penuh calon DAP:

  • Phoong Jin Zhe – Likas
  • Chan Foong Hin – Tanjung Aru
  • Jannie Lasimbang – Kapayan
  • Philip Yap – Sri Tanjong
  • Vivian Wong – Elopura
  • Chan Loong Wei – Luyang
  • Tang Szu Ching – Tanjong Papat
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN