KUALA LUMPUR: Komuniti Rohingya menyambut baik keputusan kerajaan mendaftarkan semua pelarian di negara ini melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), sekali gus memberi harapan baharu hidup yang lebih baik kepada mereka yang sekian lama berdepan pelbagai kekangan. Pengerusi Jawatankuasa Etnik Rohingya Arakan Malaysia (ERCA), Mohd. Rafiq Khairul Bashar berkata, langkah itu amat dinanti-nantikan kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), yang didakwa sering gagal membantu…










