KUALA LUMPUR: Cuckoo International (MAL) Berhad (Cuckoo Malaysia) melancarkan ‘Cash-And-Carry Brandshop pertama sebagai sebahagian daripada pelan pelaburan RM5 juta untuk menubuhkan sebanyak 10 buah kedai di seluruh negara.
Cuckoo Brandshop berkeluasan 1,023 kaki persegi (kps) di IOI Mall Damansara itu juga berfungsi sebagai pusat pengalaman, menampilkan rangkaian penuh produk inovatif keluaran Cuckoo.
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, syarikat telah berkembang jauh sejak sebelas tahun lalu melangkaui syarikat penapis air untuk menjadi Pencipta Kediaman Sihat dengan menawarkan perkakas dan barangan rumah yang pelbagai.
“Terdapat dua prinsip utama dalam teras pertumbuhan ini iaitu kemudahan akses dan mampu milik Pelancaran Cuckoo Brandshop Cash-And-Carry’ pertama ini adalah langkah yang terang dan jelas untuk mempercepat kehadiran ‘omni channel kami dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai keluarga Cuckoo.
“Ia disokong dengan pelaburan yang dirancang sebanyak RM5 juta untuk membuka 10 kedai, inisiatif ini bukan sahaja meluaskan jejak fizikal kami, tetapi juga berfungsi sebagai pameran inovasi terkini kami, termasuk produk yang baru dilancarkan hari ini.
“Ini adalah penegasan kukuh terhadap komitmen kami menyediakan kesejahteraan mudah akses untuk semua, sekali gus memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi #SAMASAMAHealthier”, katanya semasa Majlis Pelancaran Cuckoo Brandshop ‘Cash-And-Carry’ pertamanya di sini, semalam.
Pelancaran itu juga bertepatan dengan Sambutan Ulang Tahun Cuckoo Malaysia ke-11 dan Cuckoo Tik Tok Shop Super Brand Day yang akan diadakan dari 6 November hingga 9 November 2025.
Cuckoo turut menawarkan diskaun hingga 50 peratus, baucar eksklusif TikTok Shop dan siaran langsung istimewa yang menampilkan 11 orang artis ternama yang akan mempromosikan misi #SAMASAMAHealthier.
Kian Choon berkata, dua buah kedai lagi akan dibuka menjelang akhir tahun ini dan tujuh lagi pada 2026.
“Pengembangan ini juga menjadi teras kepada strategi Cuckoo Malaysia untuk memperluas kehadiran fizikalnya, meningkatkan bahagian pasaran dan mencapai kelompok pengguna yang lebih luas.
“Model jualan baharu ‘Cash-And-Carry ini disokong oleh strategi e-dagang yang berjaya menyaksikan lonjakan pendapatan lebih dari 1,714 peratus setakat suku ketiga tahun kewangan 2025.
“Ini termasuk jualan daripada barangan harga kecil seperti periuk nasi dan kepala mandi bertapis, menandakan komitmen Cuckoo Malaysia terhadap inovasi dan produk mampu milik,” ujarnya.
Pelancaran kedai tersebut juga mempamerkan beberapa produk utama baharu, termasuk Tilam Cuckoo HUGZ dalam Kotak, Siri Peralatan Memasak Cuckoo X Color King, Periuk Serbaguna Cuckoo CR-0685FW dan Kepala Mandi Bertapis Cuckoo AquaFlex, seterusnya mempelbagaikan ekosistem solusi kesejahteraan Cuckoo Malaysia.
Dalam pada itu, Cuckoo Brandshop juga menawarkan kemudahan runcit melalui konsep ‘Cash-And-Carry, membolehkan pelanggan untuk membeli dan membawa pulang barangan harga kecil seperti periuk nasi, kepala mandian bertapis, dan alat memasak terus dari kedai.
Kedai itu juga berfungsi sebagai pusat pengalaman dengan pameran penuh rangkaian produk Cuckoo Malaysia, membolehkan pelanggan merasai sepenuhnya ekosistem solusi kesejahteraan mereka, termasuk penapis air, penapis udara, kerusi urut, tilam, penyaman udara, dan pelbagai lagi peralatan Smart Healthy Home. – UTUSAN









