BACHOK: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menyarankan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang tinggal di kawasan berisiko banjir tinggal di asrama bagi mengelakkan daripada terkandas sekali gus tidak dapat menduduki peperiksaan itu pada 25 November ini. Pengarahnya, Siti Norina Muhamad berkata, pihaknya sudah lama meminta semua calon SPM yang terlibat agar menumpang di asrama. Katanya, setakat ini, ada dalam kalangan pelajar yang akur dan berpindah ke asrama…










