PETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad, salah satu pengeluar makanan terbesar di Malaysia melancarkan usaha sama (JV) dengan syarikat konglomerat Indonesia, Salim Group untuk menghasilkan produk ayam halal bagi pasaran negara itu. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, CAB Cakaran berkata, pelaburan fasa 1 sebanyak AS$10 juta (RM45 juta) untuk penubuhan sebuah loji pemprosesan makanan, tidak termasuk kos tanah dan bangunan kilang, yang akan disewa. Pelan perniagaan lima tahun itu…

								
											








