Bot karam: Sanusi harap agensi ketatkan penguatkuasaan

Bot karam: Sanusi harap agensi ketatkan penguatkuasaan

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berharap penguatkuasaan dan kawalan keselamatan di negeri ini diperketatkan dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya melalui perairan Langkawi. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihak terlibat perlu cakna dalam isu berkaitan memandangkan cubaan PATI dari Myanmar memasuki Malaysia melalui negeri ini sering berlaku.

“Cubaan masuk ke Malaysia berlaku selalu, saya harap agensi berkaitan caknalah dan ambil tindakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan oleh mereka,” katanya selepas pembentangan Bajet Kedah 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Mengulas berkaitan insiden terbaharu bot karam dipercayai membawa 90 etnik Rohingya itu, kata beliau, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan oleh polis yang dilaporkan berlaku di sempadan dekat Thailand. 

“Bot kayu ini dikatakan dinaiki 300 orang karam sebelah Thailand dan sebahagian terapung terlepas masuk perairan Malaysia. Mangsa diselamat atau ditahan oleh agensi kita, saya belum dapat laporan sepenuhnya lagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN