Bot bawa PATI karam di perairan Thailand

Bot bawa PATI karam di perairan Thailand

ANTARA mangsa yang diselamatkan setelah bot dinaiki mereka dari Myanmar karam berhampiran Pulau Tarutao di sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi. – IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 10 daripadanya ditemukan hanyut serta seorang lemas di perairan negara dipercayai karam berhampiran Pulau Tarutao yang terletak antara sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis memaklumkan, bot dengan 300 penumpang itu dipercayai karam tiga hari lalu setelah berlepas dari Buthidaung, Myanmar.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa yang mungkin masih berada di laut.

“Malaysia bukan transit bagi sebarang cubaan kemasukan tidak sah ke negara ini dan setiap cubaan untuk memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran akan diambil tindakBot karaman tegas.” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, sindiket rentas sempadan kini semakin aktif mengeksploitasi migran dengan menjadikan mereka mangsa perdagangan manusia menggunakan laluan laut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia. Semua yang terlibat akan diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Romli berkata, dua lelaki dan seorang wanita Myanmar merupakan mangsa terawal ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin sebelum diselamatkan sebuah kapal kira-kira pukul 8.30 pagi yang membawa mereka ke Jeti Kilang Simen Teluk Ewa.

“Pada pukul 2.05 petang, aset PETIR 81 Maritim Malaysia menemukan pula mayat wanita terapung di laut dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada Polis Balai Kuala Teriang.

“Tidak lama kemudian, aset sama mengesan seorang lelaki Bangladesh di atas sebuah kapal layar, manakala aset BENTENG 7 menemui wanita Myanmar di atas sebuah vesel nelayan tempatan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bot PETIR 81 mengiringi sebuah lagi kapal layar yang menemui empat lelaki Myanmar pada pukul 11.45 malam tadi, dan seorang lagi mangsa yang turut disyaki dari negara sama dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan setelah dia terdampar di kawasan Kelab Golf Datai.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemukan hanyut di perairan Langkawi, semalam, dipercayai membayar antara RM13,500 hingga RM15,000 kepada sindiket bagi memasuki negara ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka yang selamat selepas bot dinaiki karam dipercayai terlebih muatan, berlepas dari Myanmar sejak sebulan lalu.

“Bayaran dibuat kepada sindiket dengan janji dibawa ke negara ini untuk memulakan kehidupan baharu. Ada juga yang membayar sebelum menaiki kapal di negara mereka,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN