Bomba selamatkan warga emas, kanak-kanak terperangkap dalam banjir

Bomba selamatkan warga emas, kanak-kanak terperangkap dalam banjir

SEPASUKAN anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di satu kawasan perumahan berhampiran Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sekumpulan warga emas bersama seorang kanak-kanak yang dipercayai terperangkap selepas air dikatakan naik secara mendadak di satu kawasan perumahan berhampiran Kampung Simpang Tiga di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut kira-kira pukul 4.59 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor kemudian segera dikerah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

“Sebaik sahaja sampai ke lokasi, didapati mangsa yang terlibat terdiri daripada tiga orang warga emas termasuk dua wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki. Kesemua mereka kemudian diserahkan kepada keluarga terdekat dalam keadaan selamat,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, hujan berterusan yang turun secara tidak menentu di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan paras air turut naik terutamanya di kawasan yang rendah dan berisiko sehingga berlakunya kejadian banjir.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 6.12 petang ini, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah dibuka di daerah Seberang Perai Utara (SPU) ketika ini untuk menempatkan seramai 115 mangsa daripada 28 keluarga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN