PETALING JAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Baling diarah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas insiden kebakaran yang memusnahkan beberapa bilik darjah serta pejabat pentadbiran sekolah berkenaan, semalam. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira pukul 10.35 pagi itu, namun kerosakan serius pada infrastruktur sekolah memerlukan penilaian terperinci dan kerja baik pulih dengan segera. “Sebagai langkah jangka pendek, SK Baling akan melaksanakan PdPR. Keselamatan murid…










