PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal stabil meskipun parti itu kini sedang membuat pembersihan dalam dengan menggantung dan memecat beberapa pimpinan yang melanggar peraturan. Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu pergolakan dalaman yang berlaku sebelum ini telah diselesaikan dan pucuk pimpinan bersatu hati dalam meneruskan agenda perjuangan. “Kami akan terus berusaha dengan lebih gigih dan akan memperkukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional…










