KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar perlu mengemukakan bukti bahawa kerajaan negeri hanya dibenarkan mengurus 50 peratus royalti petroleum sejak tiga tahun lalu, bagi mengelak kekeliruan dan salah faham dalam kalangan rakyat. Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Aiman Wan Alias berkata, dakwaan itu serius dan tidak boleh dibiarkan tanpa bukti rasmi serta perlu disemak segera melalui dokumen undang-undang, perjanjian dan laporan…










