PETALING JAYA: Seorang bekas Pesuruhjaya Kehakiman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mencabul seorang wanita, Januari lalu. Tertuduh, Mohamad Shariff Abu Samah, 63, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad. Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Shariff yang kini bekerja sebagai penasihat undang-undang didakwa mencabul kehormatan mangsa itu di antara pukul 3.45 dan 4.00 petang pada 6 Januari lalu,…










