IPOH: Seorang bekas penolong jurutera didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memperdaya jawatankuasa penilaian tender membabitkan projek bernilai RM4.3 juta, sembilan tahun lalu. Tertuduh, Zamhuri Ahmad Shatiry, 51, juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan dan hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdaya jawatankuasa penilaian tender…










