NARATHIWAT (THAILAND): Bekas panglima perang Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) Abdul Malik Yunus atau Ruslan Jambu Rendang meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung.
Presiden Pulo, Kasturi Mahkota berkata, Ruslan Jambu Rendang meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi dan selamat dikebumikan selepas solat Zuhur..
“Allahyarham mula menyertai Pulo sejak berusia 14 tahun sebelum menyambung pelajaran dalam bidang ketenteraan di Syria dan Libya. Selepas itu Allahyarham dilantik sebagai Panglima Kekuatan Bersenjata PULO pada 2005.
“Pemergian beliau satu kehilangan besar buat perjuangan bangsa dan tanah air Patani. Beliau telah menabur khidmat, keberanian dan pengorbanan yang tidak ternilai demi maruah dan kebebasan rakyat Patani,” katanya ketika dihubungi semalam. – UTUSAN
Abdul Malik Yunus










