NARATHIWAT (THAILAND): Bekas panglima perang Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) Abdul Malik Yunus atau Ruslan Jambu Rendang meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi jantung. Presiden Pulo, Kasturi Mahkota berkata, Ruslan Jambu Rendang meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi dan selamat dikebumikan selepas solat Zuhur.. “Allahyarham mula menyertai Pulo sejak berusia 14 tahun sebelum menyambung pelajaran dalam bidang ketenteraan di Syria dan Libya. Selepas itu Allahyarham dilantik sebagai Panglima Kekuatan Bersenjata PULO…









