KUALA NERUS: Kehilangan ibu bapa di usia muda tidak mematahkan semangat Mohamad Khairil Mizwan Mohamed Yusoff, 23, untuk terus melakar kecemerlangan akademik sehingga dinobatkan penerima Anugerah Terbaik Fakulti Sains Kesihatan pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-17, di sini, semalam. Anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui perjalanan menuntut ilmu tanpa kehadiran ibu bapa bukan sesuatu yang mudah apatah lagi ketika melihat rakan-rakan lain ditemani…










