Batik Fun Walk 2025 angkat martabat batik Malaysia

Batik Fun Walk 2025 angkat martabat batik Malaysia

LELA Mohd. Ali (tengah) bersaam penyumbang bagi penganjuran BFW 2025 di Seri Kembangan, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Lebih 3,000 peserta bakal memeriahkan tradisi riadah berwarna-warni setiap tahun melalui penganjuran Batik Fun Walk (BFW) 2025, yang bakal berlangsung pada 7 Disember ini di Taman Tasik Titiwangsa.

Acara kali ke-20 anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) itu mengekalkan tradisi mengangkat martabat batik Malaysia apabila kesemua peserta digalakkan mengenakan batik mengikut kreativiti masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Datuk Lela Mohd Ali berkata, acara berkonsep kekeluargaan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, mesra orang kurang upaya (OKU), termasuk menerima peserta berkerusi roda serta penggunaan kereta sorong bayi.

“Batik adalah jiwa rakyat Malaysia apabila ia dipakai oleh semua rakyat pelbagai kaum tidak mengira Melayu, Cina, India Kadazan, Iban berbangga dengan identiti pakaian kita.

“Apabila kita berjalan bersama dengan memakai batik, ia membuktikan bahawa kita bersatu dan menjaga antara satu sama lain tidak mengira latar belakang kita,” katanya ketika sidang akhbar bagi penganjuran BFW 2025, di sini hari ini.

BFW 2025 menggalakkan peserta untuk berjalan dalam jarak 3.8 kilometer mengelilingi kawasan tasik sambil mengenakan busana batik yang digayakan secara kreatif, sekali gus menceriakan suasana dengan corak warisan yang beraneka.

Sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati panorama tasik yang tenang, pepohon rendang yang menghijau serta suasana taman yang mendamaikan.

Pemandangan ikonik bandar raya termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Merdeka 118, The Exchange 106 dan Menara Kuala Lumpur turut menjadi latar belakang yang memukau untuk merakam momen indah bersama keluarga dan rakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN