TANJUNG MALIM: Bapa kepada dua pelajar yang terkorban dalam nahas bas di Gerik pada 9 Jun lalu sedih menerima ijazah sarjana muda secara anumerta arwah anak masing-masing pada hari pertama Istiadat Konvokesyen ke-27 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah semalam. Bapa Allahyarham Nurly Sahirah, Azman Mohamad, 63, tidak menyangka hadir ke majlis konvokesyen itu mewakili arwah anaknya bagi menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian.…









