Anak toreh bapa kerana tegur tidak pergi ke sekolah

Anak toreh bapa kerana tegur tidak pergi ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dicederakan oleh anak lelakinya selepas dia menegur anaknya itu yang tidak pergi ke sekolah dalam kejadian di Batu 4, Jalan Gombak petang kelmarin.

Kata sumber, remaja berusia 17 tahun itu tidak berpuas hati dengan teguran itu sebelum bertengkar dengan bapanya dan kemudian bertindak menyerang mangsa dengan pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan pada pukul 6.42 petang kelmarin berhubung kes mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, kejadian itu membabitkan suspek seorang remaja lelaki mencederakan bapanya akibat salah faham antara mereka.

Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau.

“Mangsa sudah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Suspek sudah ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN