Banjir, rakyat Kelantan diminta tangguh perjalanan ke Thailand - Utusan Malaysia

Banjir, rakyat Kelantan diminta tangguh perjalanan ke Thailand

MOHD. YUSOFF MAMAT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Rakyat negeri diminta menangguhkan sementara perjalanan ke Thailand selepas beberapa kawasan di negara itu sedang dilanda banjir buruk ketika ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, langkah itu bagi mengelakkan rakyat negeri ini terperangkap dengan musibah berkenaan yang dibimbangi oleh mengancam nyawa.

“Nasihat saya, tangguhlah perjalanan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

“Lagipun kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak berbuat demikian buat sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir di sini hari ini.

Utusan Malaysia 23 November lalu melaporkan, kerajaan sedang menggerakkan usaha untuk membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir di Hatyai serta beberapa daerah lain di wilayah Songkhla, Thailand.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat terkini sedang diperoleh dari Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mengenal pasti rakyat negara ini yang masih terperangkap, termasuk guru dan 40 pelajar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN