KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah penduduk yang terjejas meningkat kepada 3,977 orang berbanding 1,567 pagi ini. Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, setakat pukul 2 petang ini, Pasir Puteh menjadi daerah terbaru dilanda banjir. Menurutnya, kesemua 1,545 keluarga itu sedang berlindung di 21 pusat pemindahan sementara (PPS). “Tumpat daerah paling teruk terjejas melibatkan seramai 2,126 mangsa diikuti Kota Bharu (964 orang), Bachok…










