KOTA BHARU: Situasi banjir yang melanda negeri ini Sabtu lalu semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 5,451 orang berbanding 10,950 semalam.
Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 10 pagi tadi kesemua mangsa daripada 1,990 keluarga sedang berlindung di 40 buah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lapan daerah.
Katanya, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang antara daerah yang masih terjejas.
“Tumpat masih menjadi daerah paling teruk terjejas apabila seramai 3,391 mangsa sedang mendapatkan perlindungan di 11 buah Pas.
“Diikuti Bachok (1,042), Machang (369) Pasir Mas (217), Kuala Krai (166) dan Gua Musang (7),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, PublicInfoBanjir melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob, Tanah Merah masih lagi melepasi paras bahaya sementara Sungai Galas di Gua Musang melepasi tahap amaran.-UTUSAN










