KUALA TERENGGANU: Sebanyak 13 pusat peperiksaan disenaraikan sebagai lokasi alternatif yang diaktifkan serta-merta sekiranya berlaku banjir pada hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini. Pengarah Pendidikan negeri, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, antara pusat peperiksaan alternatif itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil, SMK Landas dan SMK Kuala Telemong di Hulu Terengganu. Kata beliau, pihaknya mengenal pasti 33 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu berisiko terjejas akibat banjir sepanjang tempoh peperiksaan…










